• Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri sebagai rujukan pengurusan pertandingan Malaysia Information Technology Challenge for Youth with Disabilities (MITC) Peringkat Kebangsaan tahun 2026 berbentuk pertandingan secara bersemuka.
  • Pertandingan ini dilaksanakan untuk mencari dan memberi pengiktirafan kepada MBPK terbaik dari seluruh Malaysia yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (Information Technology) mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan Global Information Technology Challenge for Youth with Disabilities (GITC).
  • Pertandingan ini dibuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang berdaftar dalam sistem APDM di bawah Kementerian Pendidikan sekurang-kurangnya selama 3 bulan (tanpa putus sandang).

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *