TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
– Penyertaan adalah terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM) kategori Ketidakupayaan Penglihatan (BL), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Masalah Pembelajaran (LD), dan Ketidakupayaan Fizikal (PH).
– Pertandingan ini dilaksanakan secara individu.
Peserta WAJIB merekabentuk mengikut tema yang telah ditetapkan dalam tempoh masa seperti jadual di bawah.

KATEGORI PESERTAPERISIANTEMPOH MASA
BL, DE, LD dan PHMs Powerpoint90 minit

  • Poster hendaklah dihasilkan secara digital mengikut ukuran berikut:
    a. Saiz A3 (Portrait)
    b. Format : PPTX
  • Semua elemen grafik hendaklah:
    a. dihasilkan mengikut kreativiti peserta, tidak dibenarkan plagiat,
    b. menggunakan bahan bebas hak cipta,
    c. hasil akhir TIDAK menyentuh isu-isu sensitif politik, agama atau keganasan,
    d. penggunaan perisian AI hanya sebagai alat bantu sahaja,
    e. kualiti grafik (penggunaan ikon, grafik atau gambar resolusi tinggi yang jelas dan tidak kabur)
  • Soalan akan diberikan semasa pertandingan.
  • Peserta digalakkan menggunakan fungsi utama di dalam Ms PowerPoint (contoh: layering, shape editing, transparency, selection pane jika relevan) penggunaan pelbagai fungsi Ms PowerPoint akan memberi kelebihan markah.
  • Hasil akhir hendaklah dihantar ke pautan google form yang diberikan bersama-sama soalan semasa hari pertandingan.
  • Penyertaan peserta akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

RUBRIK PEMARKAHAN

NoKriteriaMarkahKriteria Pemarkahan
1Tema & Mesej Poster mempamerkan penggunaan istilah dan bahasa yang tepat, jelas dan tersusun bagi tujuan menyampaikan mesej dan maksud tema yang berkesan20Mesej sangat jelas, tepat dengan tema, fokus kuat, mudah difahami   (16-20 markah)Tema jelas, mesej baik   (11-15 markah)Tema ada tetapi mesej kurang jelas   (5-10 markah)Tidak menepati tema / mesej mengelirukan   (0-4 markah)
2Kreativiti & Keaslian memiliki ciri-ciri unik, kreativiti baharu, serta mampu memberi kesan penghayatan tema kepada semua.20Idea unik, segar, olahan sendiri, tidak klise   (16-20 markah)Kreatif, ada identiti   (11-15 markah)Idea biasa, olahan sederhana   (5-10 markah)Meniru/terlalu bergantung template/AI   (0-4 markah)
3Reka Letak & Komposisi memiliki paparan dan reka bentuk yang menarik serta mampu memberi kesan penghayatan tema kepada semua.30Susun atur kemas, hierarki visual kuat, Font sesuai, keseimbangan sangat baik   (20-30 markah)Kemas, susunan agak jelas   (11-19 markah)Reka bentuk padat/ruang tidak seimbang   (6-10 markah)Serabut, sukar dibaca, elemen bercampur   (0-5 markah)
5Reka Bentuk Visual & Kekemasan poster dinilai secara keseluruhan dari segi kandungan (kreativiti, unik, grafik resolusi tinggi, warna dan grafik sesuai)20Warna harmoni, grafik berkualiti, visual menarik & profesional   (16-20 markah)Menarik, warna sesuai   (11-15 markah)Warna/grafik kurang kemas atau kurang serasi   (5-10 markah)Warna mengganggu, grafik kabur/pecah   (0-4 markah)
6Teknikal & Pematuhan Format Saiz dan ukuran  yang tepat, format PPT10A3 potrait tepat, 1 slaid, PPTX kemas, tiada elemen pecah/terpotong   (7-10 markah)Minor isu teknikal kecil (line spacing/ character spacing, dll)   (4-6 markah)Beberapa isu (ukuran dan format / margin terpotong/ objek lari   (1-3 markah)Tidak patuh format / fail bermasalah   (0 markah)

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *