TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
13.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM) kategori Ketidakupayaan Penglihatan (BL), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Masalah Pembelajaran (LD) dan Ketidakupayaan Fizikal (PH).
13.1.2 Pertandingan ini dilaksanakan secara individu.
13.1.3 Peserta perlu memuat turun arahan tugasan dan menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan.
13.1.4 Peruntukan masa pertandingan adalah seperti berikut:
i) Penyediaan bahan : 50 minit
ii) Penghasilan video : 120 minit.
13.1.5 Setiap peserta dikehendaki menghasilkan satu klip video berdurasi tiga (3) minit dan disimpan dalam format *mp4, resolusi minimum 720p menggunakan perisian Windows Movie Maker 2025 sahaja.
13.1.6 Setiap peserta dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit hanya untuk merakam suara, mengambil video dan gambar sebagai bahan penghasilan video.
13.1.7 a) Setiap video yang dihasilkan perlu mengandungi rakaman yang dibuat sendiri (video dan audio) dan gambar yang diambil semasa pertandingan. Manakala video dan gambar yang dimuat turun mestilah mematuhi peraturan berikut:
i) 30% untuk panjang suntingan video yang sedia ada untuk memastikan keaslian (originality) video.
b) Penggunaan aplikasi AI adalah dibenarkan TETAPI bukan menghasilkan keseluruhan video
13.1.8
Setiap peserta TIDAK DIBENARKAN mendapatkan bantuan sepanjang penyediaan bahan dan penghasilan video semasa pertandingan dijalankan, sekiranya dikenalpasti berserta dengan bukti yang sahih, penyertaan peserta akan dibatalkan selepas diputuskan oleh JK Penganjur.
13.1.9 Peserta yang telah menyiapkan video pertandingan perlu memuat naik bahan ke pautan yang diberikan.
13.1.10 Setiap peserta dikehendaki membuat salinan tugasan sebagai sandaran (backup).
13.1.11 Lima orang peserta terbaik setiap kategori sekolah menengah (SM) perlu membuat pembentangan seperti berikut:
13.1.11.1 Setiap peserta perlu membentangkan tugasan mengikut jadual yang diberi.
13.1.11.2 Papan cerita perlu dipaparkan semasa sesi pembentangan tugasan.
13.1.11.3 Pembentangan tugasan adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Bagi pembentang kategori kurang upaya pendengaran, jurubahasa isyarat akan disediakan.
13.1.11.4 Tempoh pembentangan adalah selama lima hingga sepuluh (5 – 10) minit.
13.1.12 Penyertaan peserta akan dibatalkan sekiranya melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
13.1.13 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

PEMBAHAGIAN MARKAH ACARA eCONTENT CHALLENGE

KREATIVITI

ITEMMARKAH (%)CATATAN
Ketepatan Tema151 – 5 = kurang tepat ;    6 -10 = hampir tepat 11-15 = tepat
Papan Cerita51-3 menunjukkan terdapat asas penceritaan 4-5 Penceritaan lengkap (intro – outro – climax)
Mesej Bermakna205-10 = kurang bermakna ;   11-15 = mesej tercapai 16-20 = mesej tercapai & bermakna (berkesan)
Pembangunan Cerita205 – Pengenalan ; 5 – Pembangunan cerita; 5 – Klimaks ;  5 – Penutup
Keaslian20>25% = 1-5 ;    >=50% = 6-10       =>70% =11-15 ;  => 85% =16-19      >95% = 20
Kreatif & Menarik205-10 = asas video ;  11-16 = ada penceritaan ; 17-20 = Menarik dan Bermakna
JUMLAH100 

KEMAHIRAN

Asas Video (Tajuk, Sarikata, Nama, Kredit)20Asas: 5 mata,   Sederhana: 10 mata,  Tahap Maju: 20 mata
Kesan Animasi/ (Transition, Shift, Enlargement, Reduction, Special Effects)15Asas: 1-3 mata,   Sederhana:4 -7mata,  Tahap Maju : 8-10 mata; 
Teknik rakaman (Panning, Tilting, lighting etc)25Asas: 5-10   Sederhana :11-15 Tahap Maju : 16-20
Penceritaan30Asas: 5 mata,  Sederhana: 10 mata,  Tahap Maju: 20 mata
Ketepatan masa10<1.5 min = 5;    1.5 <x <2.5  min = 6 – 9;   3 min = 10
JUMLAH100 
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
BIL.PERKARAMARKAH (%)
1.Kreativiti100
2.Kemahiran100
JUMLAH BESAR200

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *