innovation search Vector Icon

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
15.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sekolah menengah (SM) kategori kategori Ketidakupayaan Penglihatan (BL), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Masalah Pembelajaran (LD), dan Ketidakupayaan Fizikal (PH).
15.1.2 Pertandingan ini dilaksanakan secara berkumpulan. Setiap kontinjen dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
15.1.3 Setiap kumpulan WAJIB menghasilkan satu kertas kerja inovasi lengkap berkaitan perisian atau perkakasan yang dibina dan seterusnya menghasilkan satu prototaip produk yang berfungsi melibatkan teknologi internet untuk membantu golongan kurang upaya.
15.1.4 Setiap kumpulan WAJIB membentangkan kertas kerja bersama-sama prototaip produk bagi tujuan penjurian.
15.1.5 Setiap kumpulan yang menyertai WAJIB membuat pembentangan seperti berikut:
16.1.5.1 Setiap pembentangan perlu bersama-sama prototaip yang telah dibina.
16.1.5.2 Pembentangan tugasan adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Bagi kategori ketidakupayaan pendengaran, jurubahasa isyarat akan disediakan.
16.1.5.3 Tempoh pembentangan adalah selama lima hingga sepuluh (5–10) minit.
15.1.6 Penyertaan kumpulan akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
15.1.7 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

PEMBAHAGIAN MARKAH

BIL.ITEMMARKAH (%)
1.Laporan Lengkap Pelaksanaan Projek15
2.Pembentangan Produk (PPT, 5~10 slide)40
3.Video Demo/Proses Penghasilan Produk15
4.Demonstrasi Prototaip/ Produk30
JUMLAH100

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *