• SYARAT UMUM PERTANDINGAN
  • Pertandingan akan diadakan secara bersemuka.
    • Semua peserta harus berada di lokasi pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermulabagi tujuan taklimat teknikal secara lisan dan bahasa isyarat.
    • Setiap kontinjen diberi 10 minit bagi persediaan di dalam dewan/bilik pertandingan sebelum taklimat teknikal diberikan mengikut jadual pertandingan.
    • Semua pautan soalan akan diberikan melalui email yang didaftarkan dan soalan akan diberikan dalam Bahasa Inggeris;.
    • Setiap peserta digalakkan menggunakan laptop yang dilengkapi dengan kamera web, mikrofon, fon kepala dan perisian Microsoft Office (sekurang-kurangnya versi 2019) dan pelayar internet Google Chrome/Microsoft Edge;
    • Semua peserta WAJIB menyediakan talian internet sendiri sepanjang pertandingan dan memastikan laptop mereka boleh membuat capaian internet (WIFI) yang disediakan bagi tujuan penerimaan dan penghantaran tugasan;
    • Setiap kontinjen perlu menyediakan sekurang-kurangkan dua buah laptop tambahan dengan spesifikasi yang sama untuk memastikan peserta boleh meneruskan pertandingan sekiranya laptop asal mereka bermasalah.
    • Pelaksanaan pertandingan akan dilakukan oleh Pengerusi Teknik & Pegawai Teknikal Kebangsaan yang dilantik oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan;
    • Borang pendaftaran kontinjen negeri perlu dilengkapkan secara atas talian melibatkan maklumat seperti berikut:
  • Negeri;
  • Nama Ketua Kontijen;
  • No. h/p Ketua Kontijen;
  • Nama PT Negeri;
  • No HP PT Negeri;
  • Nama Jurulatih; (SR & SM)
  • No. h/p jurulatih;
  • Nama Murid;
  • No. Kad Pengenalan;
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan; (format pdf)
  • No. kad OKU;
  • Salinan kad OKU yang telah disahkan; (format pdf)
  • Email murid; (m-*****@moe-dl.edu.my)
  • Program Pendidikan Khas (SPK/PPKI/PPI)
  • Nama Sekolah
  • Gambar saiz penuh keseluruhan badan; (format *jpg/png)
  • Gambar Passport; (format *jpg/png)
  • Kategori kecacatan;
  • Pembaca skrin/tidak; dan (*Untuk peserta BL sahaja)
  • Salinan surat kebenaran Ibu bapa/Penjaga; (format pdf)
    • Semua peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad OKU asal semasa pertandingan.
    • Setiap peserta WAJIB menggunakan akaun email moe: [m-******@moe-dl.edu.my] ;
    • Setiap hasil / pembentangan TIDAK BOLEH memaparkan identiti negeri/sekolah masing-masing
    • Pembentangan akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris manakala bagi kategori ketidakupayaan pendengaran, jurubahasa isyarat akan disediakan.
    • Peserta dikehendaki memakai pakaian uniform sekolah yang lengkap sepanjang pertandingan berlangsung; dan
    • Penyertaan peserta akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh JK Teknikal atau dikenal pasti ada unsur penipuan berlaku semasa pertandingan.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *